Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) akan dilancarkan di Malaysia

pic-1-small
Samsung secara rasminya telah melancarkan Siri Galaxy A bagi tahun 2018 pada bulan lalu dan pelancaran rasmi model ini ke pasaran Malaysia akan berlangsung didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Siri Galaxy A tahun ini hadir dengan nama Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018) yang mana siri ini semakin hampir dengan model siri Galaxy S.

Selain persamaan dengan siri ‘flagship’ Galaxy S, Siri Galaxy A(2018) juga menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera selfie 16+ 8MP yang menampilkan ciri Live Focus yang menawarkan fungsi bokeh.

Kamera utama  dua model Galaxy A ini juga diberikan penambahbaikan dengan kamera 16MP yang turut mempunyai pengstabilan digital.

Seperti yang diduga, Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) mewarisi reka bentuk skrin Infinity Display dengan resolusi 1080p masing-masing dengan saiz skrin 5.6 dan 6.0-inci

Selain itu,  model A8 dan A8+ juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68, Samsung Pay, pengecasan pantas melalui USB-C ( A8 mempunyai bateri berkasiti 3,000mAh manakala A8+ pula mempunyai bateri berkapasiti 3,500 mAh).

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ akan hadir dengan sistem operasi Android 7.1 Nougat dengan pelancaran rasmi pada awal 2018.

Buat masa ini masih belum ada harga penjualan rasmi bagi kedua-dua telefon pintar Galaxy A (2018) ini diketahui.

personal payday loans | citibank online loan | investment property loan oregon
personal payday loans | citibank online loan | investment property loan oregon personal payday loans | citibank online loan | investment property loan oregon