Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A70 kini ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja

 

Samsung Galaxy A70 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak bulan Mei yang lalu dengan harga penjualan RM 1,999.

Walaubagaimanapun, Samsung  telah mengumumkan bahawa Galaxy A70 kini akan ditawarkan pada harga RM 1,799 sahaja mulai detik ini.

Ini memberikan pengguna penjimatan tambahan sebanyak RM 200 berbanding sebelum ini.

Samsung Galaxy A70 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ dengan rekaan takukan Inifinity-V dengan saiz skrin 6.7-inci, pemproses 8-teras Exynos, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman selain slot microSD yang memberikan tambahan 512GB memori.

Galaxy A70 juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang ditawarkan dengan sokongan pengecasan pantas 25W dan tidak lupa juga sensor capjari terbina pada skrin.

Menyentuh mengenai kamera, Galaxy A70 hadir dengan tetapan tri-kamera dibelakang iaitu satu sensor 32MP f/1.7 + sensor lebar 8MP dan sensor depth 5MP manakala kamera selfie juga adalah sensor 32MP namun dengan aperture f/2.0.

Galaxy A70 juga memiliki sistem operasi OneUI yang berasaskan Android Pie, Samsung Pay, Bixby dan banyak lagi.

Pembelian Galaxy A70 kini boleh dibuat di semua stor Samsung diseluruh negara.

http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-iphone-5c-5-handphone-specs-specifications-ios-7-price-release-date-malaysia/ | payday loans on prepaid cards | san diego loan modification
http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-iphone-5c-5-handphone-specs-specifications-ios-7-price-release-date-malaysia/ | payday loans on prepaid cards | san diego loan modification http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-iphone-5c-5-handphone-specs-specifications-ios-7-price-release-date-malaysia/ | payday loans on prepaid cards | san diego loan modification