Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar baru didalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A30 dan Galaxy A50 dengan harga penjualan dari RM 799.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 adalah dua model baru yang kini telah dilancarkan ke pasaran tempatan dan ianya telah membuat penampilan global di Mobile World Congress bulan lalu.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 ini hadir dengan reka bentuk yang sama dengan skrin paparan Infinity-V berukuran 6.4-inci, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 15W dan UI Samsung One yang berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A30 juga hadir dengan pemproses Exynos 7904 , 4GB RAM, 64GB storan dalaman, kamera selfie 16MP, tetapan dwi-kamera 16MP+5MP dan sensor capjari dibelakang.

Samsung Galaxy A50 pula hadir dengan pemproses Exynos 9610, 6GB RAM, 128GB memori dalaman, kamera selfie 25MP, tetapan tiga kamera dibelakang iaitu 25MP+8MP+5MP dan sensor capjari pada skrin.

Samsung Galaxy A30 akan hadir dengan harga penjualan RM 799 manakala Galaxy A50 pula memiliki harga penjualan RM 1,199 dan pembelian kini sudah boleh dilakukan secara online di laman rasmi Samsung atau di stor fizikal Samsung seluruh negara.

http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-to-launch-new-flagship-by-end-of-2013/ | loans in omaha | http://www.mobile88.com/news/international/htc-one-max-official-5-9-display-fingerprint-scanner-specs-release-date/
http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-to-launch-new-flagship-by-end-of-2013/ | loans in omaha | http://www.mobile88.com/news/international/htc-one-max-official-5-9-display-fingerprint-scanner-specs-release-date/ http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-to-launch-new-flagship-by-end-of-2013/ | loans in omaha | http://www.mobile88.com/news/international/htc-one-max-official-5-9-display-fingerprint-scanner-specs-release-date/