Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A30 dan A50 tiba di Malaysia minggu hadapan pada harga dari RM 799

Selepas pelancaran keluarga Samsung Galaxy S10 di Malaysia beberapa minggu lalu, Samsung telah agresif didalam menawarkan model telefon pintar mampu milik kepada pengguna di Malaysia.

Susulan pengesahan bahawa Siri Galaxy M akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mac ini, Samsung juga telah mengumumkan bahawa Siri Galaxy A akan turut tiba di Malaysia pada hari yang sama.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 adalah dua model yang akan dilancarkan ke pasaran tempatan dan ianya telah membuat penampilan global di Mobile World Congress bulan lalu.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 hadir dengan reka bentuk yang sama dengan skrin paparan Infinity-V berukuran 6.4-inci, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 15W dan UI Samsung One yang berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A30 juga hadir dengan pemproses Exynos 7904 , 4GB RAM, 64GB storan dalaman, kamera selfie 16MP, tetapan dwi-kamera 16MP+5MP dan sensor capjari dibelakang.

Samsung Galaxy A50 pula hadir dengan pemproses Exynos 9610, 6GB RAM, 128GB memori dalaman, kamera selfie 25MP, tetapan tiga kamera dibelakang iaitu 25MP+8MP+5MP dan sensor capjari pada skrin.

Samsung Galaxy A30 akan hadir dengan harga penjualan RM 799 manakala Galaxy A50 pula memiliki harga penjualan RM 1,199.

Sumber

poor credit small loans | http://www.mobile88.com/news/real-estate-loan | mortgage loan business | 80 15 5 loan
poor credit small loans | http://www.mobile88.com/news/real-estate-loan | mortgage loan business | 80 15 5 loan poor credit small loans | http://www.mobile88.com/news/real-estate-loan | mortgage loan business | 80 15 5 loan