Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Redmi 8 kini di Malaysia pada harga serendah RM 499 sahaja

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Redmi 8 akan ditawarkan di Malaysia mulai 12 Oktober ini dengan harga penjualan serendah dari RM 499 sahaja.

Redmi 8 merupakan telefon pintar kelas ‘entry-level’ yang hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas QC 3.0 18W melalui slot USB-C.

Redmi 8 juga hadir dengan skrin paparan HD+ 19:9 bersaiz 6.22-inci, pemproses Snapdragon 439, 3/4GB RAM dan 32/64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Redmi 8 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 12MP+2MP dibelakang selain kamera selfie 8MP.

Redmi 8 akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 3/32GB pada harga RM 499 dan versi 4/64GB pada harga RM 599 sahaja.

Redmi 8 akan mula ditawarkan di Lazada, Shopee dan stor Mi seluruh Malaysia mulai esok iaitu hanya versi 4/64GB manakala versi 3/32GB hanya akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada dan Shopee mulai 18 Oktober pada harga RM 599.

Bagi pembelian Redmi 8 versi 4/64GB, anda akan menerima satu Mi Compact Bluetooth Speaker 2 secara percuma (sementara stok masih ada).

http://www.mobile88.com/news/business-loans-with-poor-credit | fico score car loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-after-bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/
http://www.mobile88.com/news/business-loans-with-poor-credit | fico score car loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-after-bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/ http://www.mobile88.com/news/business-loans-with-poor-credit | fico score car loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-after-bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/