Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

realme X2 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga penjualan RM 2,399


realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan realme X2 Pro ke pasaran Malaysia yang merupakan telefon pintar kelas flagship sebenar pertama syarikat ini.

realme X2 Pro hadir dengan skrin paparan 90Hz Super AMOLED berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 855+, 12GB RAM dan 256GB memori storan dalaman UFS 3.0.

selain itu, realme X2 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera 64MP Samsung GW1+ telefoto 13MP + sensor ultrawide/makro 8MP + sensor potret 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme X2 Pro turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan yang merupakan antara terpantas di pasaran iaitu 50W Super VOOC yang mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh yang dimiliki realme X2 Pro didalam masa 35 minit sahaja.

selain itu, realme X2 Pro turut disertakan dengan teknologi sensor capjari terpantas dipasaran (dalam skrin), dwi-speaker dengan Dolby Atmos dan ColorOS 6.

realme X2 Pro akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Neptune Blue dan Lunar White pada harga penjualan RM 2,399.

realme X2 Pro akan ditawarkan untuk pra-tempahan Chup Dulu di Lazada mulai 5 Disember ini dengan penjualan bermula pada 12 Disember kelak (pra-tempahan akan menerima realme Buds Wireless, realme Powerbank dan beg realme).

realme akan turut mengadakan penjualan offline khas di stor DirectD Petaling Jaya pada tengah malam 7 Disember ini.

realme Malaysia juga telah mengumumkan bahawa realme X2 Pro Master Edition akan turut memasuki pasaran temptan tidak lama lagi.

cheap boat loan | 750 cash loan | small business loans available | online rv loan
cheap boat loan | 750 cash loan | small business loans available | online rv loan cheap boat loan | 750 cash loan | small business loans available | online rv loan