Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Realme C2 turut dilancarkan dengan harga penjualan serendah RM 429 sahaja

Selain Realme 3 Pro, Realme Malaysia turut telah melancarkan telefon pintar ‘entry-level’ terbaik dipasaran iaitu Realme C2 ke pasaran Malaysia.

Realme C2 ini hadir dengan reka bentuk ‘diamond cut matte’ dan mempunyai skrin paparan HD+ Dewdrop berukuran 6.1-inci.

Selain itu, Realme C2 juga hadir dengan pemproses 8-teras Helio P22 berkelajuan 2.2GHz, 2GB atau 3GB RAM yang dipadankan dengan 16GB atau 32GB memori dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Bercakap mengenai kamera, Realme C2 hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP + 2MP dengan sokongan mod Chroma Boost manakala kamera selfie adalah 5MP dengan sokongan AI.

Realme C2 juga hadir dengan ColorOS 6 berasaskan Android Pie dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Harga penjualan Realme C2 di Malaysia bermula dari RM 429 iaitu bagi versi 2GB/16GB manakala versi 3GB/32GB pula ditawarkan pada harga RM 499 sahaja.

Penjualan rasmi akan bermula pada 18 Mei 2019 manakala penjualan di Shopee akan dimulakan pada 21 Mei 2019.

online auto loan service center | http://www.mobile88.com/news/tempatan/3-cameraphone-malaysia-harga-specs/ | acc student loan
online auto loan service center | http://www.mobile88.com/news/tempatan/3-cameraphone-malaysia-harga-specs/ | acc student loan online auto loan service center | http://www.mobile88.com/news/tempatan/3-cameraphone-malaysia-harga-specs/ | acc student loan