Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Realme 3 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan Realme 3 Pro ke pasaran temparan dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja.

Bercakap mengenai Realme 3 Pro , ianya hadir dengan skrin paparan dengan takukan titisan air berukuran 6.3-inci iaitu pada resolusi FHD+ dengan perlindungan Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 710, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB.

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,045mAh yang disertakan dengan pengesahan pantas VOOC 3.0 yang mampu mengecas penuh peranti dalam masa 80 minit sahaja namun ianya dilakukan melalui slot micro USB dan bukanya USB-C.

Beralih kepada kamera, Realme 3 Pro hadir dengan tetapan dwi-kamera Sony IMX 519 16MP + 5MP yang memiliki sokongan penggambaran malam NightScape, Chroma Boost dan Ultra HD 64MP.

Pada bahagian selfie, Realme 3 Pro memiliki sensor 25MP yang turut mempunyai sokongan AI.

Realme 3 Pro akan hadir dengan harga penjualan RM 899 iaitu bagi versi 4GB/64GB manakala bagi versi 6GB/128GB pula, ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja.

Penjualan akan bermula pada 15 Mei (jam 10 pagi) secara eksklusif di Lazada (percuma kipas Realme) manakala penjualan secara offline akan bermula tiga hari kemudian (18 Mei).

Realme 3 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu ungu gradiasi dan biru gradiasi

Beli Realme 3 Pro sekarang di Lazada

http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/apple-iphone-5s-vs-lg-nexus-5/ | pay day loans no checks | cheap payday loan lenders | native american indian loans | bank one student loans
http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/apple-iphone-5s-vs-lg-nexus-5/ | pay day loans no checks | cheap payday loan lenders | native american indian loans | bank one student loans http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/apple-iphone-5s-vs-lg-nexus-5/ | pay day loans no checks | cheap payday loan lenders | native american indian loans | bank one student loans