Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Realme 3 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 599 sahaja

Realme secara rasminya telah memperkenalkan Realme 3 ke pasaran Malaysia dan harga penjualan telefon pintar ini bermula dari RM 599 sahaja .

Realme 3 hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik selain spesifikasi dalaman yang lebih baik namun harga kekal berpatutan.

Realme 3 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Helio P60, dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB selain dua kapasiti memori dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Realme 3 juga hadir dengan tetapan dua kamera dibelakang iaitu 13MP+2MP manakala kamera selfie adalah 13MP yang diletakkan dibahagian takuk waterdrop yang dimiliki Realme 3 ini.

Selain itu, Realme 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,230mAh, antaramuka ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, slot microSD dan sensor capjari dibelakang.

Realme 3 akan mula dijula pada 6 April 2019 dengan harga penjualan seperti berikut :

Realme 3 3GB/32GB – RM 599

Realme 3 4GB/64GB – RM 699

Selain itu, Realme turut mengumumkan bahawa satu penjualan khas akan diadakan sempena kempen hari jadi Lazada yang ke-7 pada 27 Mac ini dan Realme 3 akan ditawarkan pada harga istimewa RM 549 (penjualan bermula tepat 12 tengah malam).

i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/tempatan/samsung-galaxy-s4-active-zoom-harga-malaysia/ | uk home loan | http://www.mobile88.com/news/feature/this-is-how-samsung-galaxy-s-series-evolve-over-the-years/ | unsecured loans with bad credit
i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/tempatan/samsung-galaxy-s4-active-zoom-harga-malaysia/ | uk home loan | http://www.mobile88.com/news/feature/this-is-how-samsung-galaxy-s-series-evolve-over-the-years/ | unsecured loans with bad credit i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/tempatan/samsung-galaxy-s4-active-zoom-harga-malaysia/ | uk home loan | http://www.mobile88.com/news/feature/this-is-how-samsung-galaxy-s-series-evolve-over-the-years/ | unsecured loans with bad credit