Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Realme 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Mac 2019

Realme secara rasminya telah memperkenalkan Realme 3 ke pasaran India minggu lalu dan kini Realme Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 21 Mac ini.

Realme 3 hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik selain spesifikasi dalaman yang lebih baik namun harga kekal berpatutan.

Realme 3 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Helio P70 bagi pasaran India manakala pasaran antarabangsa hadir dengan Helio P60, dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB selain dua kapasiti memori dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Realme 3 juga hadir dengan tetapan dua kamera dibelakang iaitu 13MP+2MP manakala kamera selfie adalah 13MP yang diletakkan dibahagian takuk waterdrop yang dimiliki Realme 3 ini.

Selain itu, Realme 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,230mAh, antaramuka ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, slot microSD dan sensor capjari dibelakang.

Harga penjualan Realme 3 di Malaysia masih belum diketahui.

 

manufactured home loans california | http://www.mobile88.com/news/loans-in-brownsville-texas | merchant services loans | household bank auto loans
manufactured home loans california | http://www.mobile88.com/news/loans-in-brownsville-texas | merchant services loans | household bank auto loans manufactured home loans california | http://www.mobile88.com/news/loans-in-brownsville-texas | merchant services loans | household bank auto loans