Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Razer Phone 2 kini di Malaysia pada harga RM 3,449 sahaja

Telefon pintar gaming Razer Phone 2 secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia selepas generasi pertama telefon pintar ini tidak memasuki pasaran tempatan secara rasmi.

Razer Phone 2 ini hadir dengan reputasi yang baik dan merupakan satu-satunya telefon pintar dipasaran untuk hadir dengan skrin paparan 120GHz yang merupakan sesuai untuk gaming dan ianya juga merupakan satu-satunya model untuk mendapat pensijilan HDR dan Dolby Atmos dari NetFlix.

Berikut adalah spesifikasi Razer Phone 2 : 

  • Skrin paparan Quad HD 120Hz berukuran  5.72-inci (2560 x 1440 pixels)
  • 8GB RAM
  • Pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 845 
  • 64GB memori simpanan dalaman (tambahan memori sehingga 2TB)
  • Pembesar suara hadapan Dolby Atmos 
  • Pensijilan kalis air dan habuk IP67
  • Android 8.1 Oreo
  • Dwi-kamera 12MP + 12MP dengan OIS
  • Kamera selfie 8MP
  • Bateri berkapasiti 4,000mAh (menyokong pengecasan tanpa wayar & Qualcomm Quick Charge 4+ yang mampu menawarkan pengecasam dari 1%-50% dalam masa 30 minit) 

Razer Phone 2 ini hadir dengan harga penjualan RM 3,449 dan pembelian kini boleh dibuat di Lazada, Shopee dan stor-stor elektronik terkemuka diseluruh negara.

Selain itu, Maxis juga menawarkan Razer Phone 2 melalui pelan Maxis Zerolution dan Maxis ONE dengan bayaran bulanan serendah RM 101. 

UMobile juga menawarkan pembelian secara ansuran dengan bayaran RM 120 sebulan dan terdapat dua pelan pascabayar yang ditawarkan iaitu Unlimited Hero P139 dan Unlimited Hero P99.

500 pembeli pertama Razer Phone 2 dimana-mana stor UMobile akan menerima 100 Razer Gold bernilai RM 100.

50 pembeli pertama Razer Phone 2 di stor UMobile di Berjaya Times Square akan turut menerima pek Razer Swag yang mengandungi headset Hammerhead BT, mug Razer Chroma, pelapik cawan Team Razer, kemeja Team Razer dan lanyard Team Razer.

http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | student loan payment assistance | no document loan | grant and loan | http://www.mobile88.com/news/commercial-bank-personal-loans
http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | student loan payment assistance | no document loan | grant and loan | http://www.mobile88.com/news/commercial-bank-personal-loans http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | student loan payment assistance | no document loan | grant and loan | http://www.mobile88.com/news/commercial-bank-personal-loans