Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Peranti Android One Xiaomi Mi A1 diumumkan secara rasmi – harga sekitar RM 990

fba9029d-bac9-477c-a4df-ef9015d8ccab(1)
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Xiaomi A1 yang merupakan peranti Android One dengan keistimewaan utama nya adalah penawaran sistem operasi Android yang tulen selain akan menerima kemaskini Android lebih awal berbanding mana-mana peranti Android yang lain.

Xiaomi Mi A1 ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang sama seperti Mi 5X iaitu skrin paparan HD penuh bersaiz 5.5-inci, pemproses Snapdragon 652 yang dibuat melalui proses 14nm, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

50eec969-26d0-4957-815b-4563b394be22

Selain itu, Mi A1 juga hadir dengan teknologi kamera ‘flagship’ yang diambil dari Xiaomi Mi 6 iaitu kamera 12MP + 12MP yang turut dikatakan sama seperti kamera yang dimiliki oleh Apple iPhone 7 Plus.

Selain itu, Mi A1 juga memiliki sensor biometrik dibahagian belakang, bateri berkapasiti 3,080mAh ( pengecasan melalui USB-C), sensor IR, Amplifier dan logo Android One.

188fd162-8ee7-47a0-90a4-afe591f77f1e

Xiaomi mendakwa Mi A1 akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo sebelum tahun ini berakhir dan memberikan jaminan Mi A1 akan menjadi antara peranti terawal untuk menerima Android 9.0.

markets(1)

Xiaomi Mi A1 akan memasuki pasaran India terlebih dahulu pada harga penjualan INR 14,999 sebelum memasuki pasaran lain dan Xiaomi telah menyenaraikan 37 negara yang akan menerima Mi A1 ini.

Apa yang menarik adalah, pasaran Malaysia telah disenaraikan sebagai antara negara yang akan menerima telefon pintar Android One ini dan ianya dijangka akan ditawarkan di pasaran tempatan pada penghujung bulan ini.

4b820a4a-1232-4461-9170-436f344a70c1(1)

Xiaomi Mi A1 akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan merah jambu dengan harga penjualan di Malaysia mungkin sekitar RM 898 – 1,098

http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-unpacked-episode-2-3-brand-new-devices/ | personal loan best rates | commercial bank personal loans | vehicle loans for people with bad credit
http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-unpacked-episode-2-3-brand-new-devices/ | personal loan best rates | commercial bank personal loans | vehicle loans for people with bad credit http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-unpacked-episode-2-3-brand-new-devices/ | personal loan best rates | commercial bank personal loans | vehicle loans for people with bad credit