Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Oppo R17 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 2,699

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo R17 Pro ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang amat berdaya saing iaitu RM 2,699.

Oppo R17 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang dilapisi Corning Gorilla Glass 6, pemproses Snapdragon 710 daripada Qualcomm, 8GB RAM,128GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 3,700mAh (dengan pengecasan Super VOOC seperti pada Oppo Find X edisi Lamborghini).

Bercakap mengenai kamera, Oppo R17 Pro juga mendapat penghormatan sebagai telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan tiga kamera dibelakang iaitu unit sensor utama 12MP, sensor kedua 20MP dan sensor ketiga 3D TOF.

Lebih menarik, Oppo R17 Pro juga hadir dengan mod pengambilan waktu malam Ultra Night Mode yang mirip seperti teknologi penggambaran Huawei Super Night.

Kamera Selfie juga tidak terkecuali didalam senarai spesifikasi kelas atasan Oppo R17 Pro ini dan ianya adalah unit kamera 25MP dengan mod kecantikan AI.

Selain itu, Oppo R17 Pro juga memiliki ColorOS 5.2 berasaskan Android Oreo.

Oppo R17 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai hari ini (23 November) melalui wakil penjual sah, kedai konsep Oppo, Lazada, 11street, Shopee, Sengheng, SenQ dan Celcom Blue Cube.

Setiap tempahan Oppo R17 Pro akan turut menerima satu unit Olike Neo Sportband berharga RM 389 secara percuma.

Tempahan bagi Oppo R17 Pro boleh dibuat secara atas talian di :

Shopee

Lazada

11street.my

Senheng

SenQ

no fax needed payday loan | http://www.mobile88.com/news/government-and-loan | http://www.mobile88.com/news/feature/galaxy-note-3-experience-app-android-smartphone/ | ct home loan | auto loans in
no fax needed payday loan | http://www.mobile88.com/news/government-and-loan | http://www.mobile88.com/news/feature/galaxy-note-3-experience-app-android-smartphone/ | ct home loan | auto loans in no fax needed payday loan | http://www.mobile88.com/news/government-and-loan | http://www.mobile88.com/news/feature/galaxy-note-3-experience-app-android-smartphone/ | ct home loan | auto loans in