Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Adakah Oppo Find 7 Akan Menamatkan Dominasi Samsung & Apple

Oppo-find-7-malaysia-smartphone-harga-specs
Oppo, mungkin tidak ramai daripada kita di Malaysia yang pernah mendengar nama ini. Untuk pengetahuan anda, Oppo merupakan pengeluar barangan elektronik yang berpangkalan di China dan telah ditubuhkan pada tahun 2004. Walaupun tidak mempunyai latar belakang yang kukuh di pasaran telefon pintar dunia, Oppo telah mula menarik perhatian ramai apabila baru-baru ini mengumumkan pelancaran telefon pintar Oppo N1 yang hadir dengan kamera 13MP dan paling menariknya adalah ianya hadir dengan kamera yang boleh dipusing ke depan dan kebelakang sehingga 206° darjah.

Oppo-Find-7-2k-Display-specsKini, Oppo mula membuatkan pakar telefon pintar dunia terpesona lagi apabila mengumumkan bahawa Oppo Find 7 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Oppo Find 7 merupakan pengganti kepada Find 5. Walaupun tidak banyak spesifikasi mengenai Find 7 ini diketahui, Oppo telah mengesahkan bahawa Find 7 akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1440×2560 piksel yang memberikan kepadatan piksel menakjubkan iaitu 538ppi.

Semalam, kami baru sahaja melaporkan Samsung Galaxy S5 Akan Hadir Dengan Skrin QHD 5.2-inci yang juga mempunyai resolusi 1440×2560 piksel dengan kepadatan piksel 559ppi. Setakat ini tidak dapat dibezakan lagi apakah perbezaan skrin paparan ini jika dibandingkan dengan skrin 1080p.

Jika anda sudah terpesona dengan teknologi skrin pada Find 7 ini, tunggu sehingga anda mendengar maklumat spesifikasi dalamanya. Jika kesemua khabar angin yang dilaporkan benar, telefon pintar utama daripada Oppo ini akan mempunyai pemproses Qualcomm Snapdragon 805 dengan kelajuan 2.5Ghz dan mempunyai Adreno 450 GPU. Oppo yang memang dikenali sebagai pengeluar yang hadir dengan spesifikasi terbaik bagi telefon pintarnya juga membekalkan Find 7 dengan 3GB RAM, kamera 13MP (tidak dapat dipastikan adakah ianya kamera ‘fleksible’ seperti pada model N1) serta hadir dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Kami menjangkakan, jika ini ternyata benar, Oppo Find 7 pasti akan mengugat kedudukan Apple dan Samsung sebagai pendahulu pasaran telefon pintar dunia namun penawaran dan pemasaran yang lebih efektif pasti akan meningkatkan lagi penjualan produk Oppo ini.

maklumat lanjut : Oppo

ohio home loans | bad credit and loans | http://www.mobile88.com/news/private-student-loan-repayment-options
ohio home loans | bad credit and loans | http://www.mobile88.com/news/private-student-loan-repayment-options ohio home loans | bad credit and loans | http://www.mobile88.com/news/private-student-loan-repayment-options