Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Oppo F11 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1,399

Oppo Malaysia  telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri F iaitu Oppo F11 Pro akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 19 Mac 2019.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada rangka 90.9% yang mana tiada sebarang bezel yang ketara.

Oppo F11 Pro turut hadir dengan pemproses Helio P70, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mempunyai sokongan teknologi pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mampu memenuhi bateri didalam masa 80 minit sahaja.

Selain itu, Oppo F11 Pro telah disahkan akan hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP+5MP yang hadir dengan mod malam Ultra Night dan mod Colour Dazzle tidak lupa juga kamera selfie 16MP dengan mekanisma pop-up.

Oppo F11 Pro ini juga hadir dengan UI ColorOS 6 yang terbaru dan terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam dan hijau aurora.

Tempahan Oppo F11 Pro kini telah dibuka di stor atas talian rasmi Oppo, wakil penjual sah Oppo, kedai konsep Oppo, Senheng, Celcom BlueCube, Urban Republic, Courts Mammoth, AEON dan banyak lagi.

Tempoh tempahan akan berakhir pada 29 Mac dan setiap tempahan akan turut menerima jaminan waranti tambahan selama setahun, jaminan waranti skrin untuk satu tahun, speaker Bluetooth Olike dan subsidi petrol RM 50 (terhad).

Maklumat lanjut mengenai cara tempahan boleh anda ketahui di Oppo Malaysia

sumber gambar

 

payday loans on the phone | direct lending loan consolidation | government small business loans and grants
payday loans on the phone | direct lending loan consolidation | government small business loans and grants payday loans on the phone | direct lending loan consolidation | government small business loans and grants