Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Oppo F11 Pro edisi Avengers : End Game telah disahkan tiba ke pasaran Malaysia pada 24 April 2019

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa ianya akan berkerjasama dengan Marvels untuk melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Oppo F11 Pro didalam satu edisi terhad Avengers: End Game.

Oppo F11 Pro Avengers: End Game ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 April 2019 yang mana ianya juga merupakan hari pertama tayangan cerita adiwira Marvels Avengers: End Game.

Buat masa ini masih belum diketahui akan apakah spesifikasi yang dimiliki oleh Oppo F11 Pro edisi terhad ini namun ianya akan hadir dengan panel belakang yang mempunyai ukiran logo Avengers selain beberapa penambahan UI Avengers.

Selain spesifikasi, Oppo Malaysia juga tidak mendedahkan maklumat harga dan penjualan telefon pintar edisi terhad ini di pasaran tempatan.

Sebagai perbandingan Oppo F11 Pro edisi biasa ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,299 sahaja.

Pelancaran Oppo F11 Pro edisi terhad Avengers: End Game sudah pasti akan membuatkan peminat setia siri Avengers ini teruja untuk memiliki telefon pintar ini.

http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-win-leaked/ | http://www.mobile88.com/news/low-rate-equity-loan | stated income commercial loan | http://www.mobile88.com/news/local/maxis-lte-samsung-galaxy-s4-malaysia/
http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-win-leaked/ | http://www.mobile88.com/news/low-rate-equity-loan | stated income commercial loan | http://www.mobile88.com/news/local/maxis-lte-samsung-galaxy-s4-malaysia/ http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-win-leaked/ | http://www.mobile88.com/news/low-rate-equity-loan | stated income commercial loan | http://www.mobile88.com/news/local/maxis-lte-samsung-galaxy-s4-malaysia/