Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Oppo A9 2020 akan dilancarkan pada 18 September ini

Selepas diperkatakan sejak kebelakangan ini, Oppo akhirnya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru dalam siri A iaitu Oppo A9 2020 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 September ini.

Sehingga kini, tidak banyak maklumat mengenai Oppo A9 2020 diketahui namun Oppo telah mengesahkan ianya akan hadir dengan tetapan 4 kamera belakang, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Satu lagi ciri Oppo A9 2020 yang didedahkan baru-baru ini adalah speaker stereo 3D yang mendapat pensijilan Dolby Atmos.

Dengan spesifikasi yang menarik ini, pasti ramai yang beranggapan bahawa Oppo A9 2020 akan mempunyai harga penjualan yang tinggi, namun berdasarkan petunjuk dari Oppo, telefon pintar ini mungkin ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Pelancaran Oppo A9 2020 ini akan berlangsung didalam masa 6 hari sahaja lagi dan majlis pelancaran ini akan dihadiri oleh artis popular tempatan iaitu Ayda Jebat.

litton loan payment | i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/student-loan-debts | sba loan with bad credit
litton loan payment | i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/student-loan-debts | sba loan with bad credit litton loan payment | i need a personal loan now | http://www.mobile88.com/news/student-loan-debts | sba loan with bad credit