Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Nokia akan melancarkan telefon pintar dengan 5 sensor kamera di MWC 2019

Pameran teknologi terkemuka yang diadakan setiap tahun iaitu Mobile World Congres (MWC) adalah pentas terbaik untuk syarikat telefon pintar terkemuka dunia mengumumkan produk terbaru mereka bagi tahun 2019.

Nokia dilihat tidak mahu ketinggalan dan telah mengesahkan kehadiran mereka di pameran yang akan berlangsung di Barcelona bulan hadapan dan dengan teaser yang dikeluarkan, Nokia mungkin menjadi jenama yang paling mencuri tumpuan di MWC 2019.

Mana tidaknya, Nokia dilihat telah mengesahkan akan melancarkan satu telefon pintar dengan lima sensor kamera utama yang menjadikan Nokia sebagai syarikat pertama didunia untuk melancarkan telefon pintar dengan lima sensor kamera.

Walaupun masih belum disahkan secara rasmi, telefon pintar ini dijangka akan dikenali sebagai Nokia 9.

Selain Nokia 9, HMD Global yang merupakan pemilik terkini Nokia akan turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar yang hadir dengan skrin paparan punch Fullview.

Segala teka-teki mengenai kedua-dua telefon pintar ini akan terjawab pada 24 Februari 2019.

education loans for mba | direct loan services | icici bank business loans | bank one student loans | http://www.mobile88.com/news/online-cash-loans
education loans for mba | direct loan services | icici bank business loans | bank one student loans | http://www.mobile88.com/news/online-cash-loans education loans for mba | direct loan services | icici bank business loans | bank one student loans | http://www.mobile88.com/news/online-cash-loans