Sponsored Advertisement

Sony Perkenalkan SmartWatch 2 Dengan NFC Dan Kalis Air

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

Bersama-sama model phablet Xperia Z Ultra, Sony juga telah mengumumkan SmartWatch 2, iaitu generasi ketiga jam yang boleh digunakan bersama-sama telefon pintar Android anda.

sony smartwatch 2

Rekaan SmartWatch 2 yang terbaru ini adalah berinspirasikan Xperia Z dan ianya juga memiliki satu butang aluminium khas yang amat menarik. Sama seperti dahulu, jam ini boleh disatukan dengan mana-mana peranti Android melalui Bluetooth dan akan memaparkan maklumat seperti mesej, panggilan masuk, ‘update’ daripada Facebook dan Twitter, kalendar, dan juga sebagai alat kawalan untuk pemain muzik.

Sony juga mendakwa bahawa SmartWatch 2 in adalah lebih pantas daripada model sebelum ini dan juga kalis air dengan sijil IP57. Menurut Sony lagi, terdapat lebih daripada seratus aplikasi yang dibangunkan khas untuk SmartWatch 2.

Dengan chasis aluminium, Sony SmartWatch 2 juga dilengkapi teknologi NFC dan mempunyai port MicroUSB untuk mengecas. Selain itu, SmartWatch 2 juga dilengkapi dengan skrin paparan 1.6-inci dengan 220 x 176 pixels Sony juga menyatakan bahawa skrin paparan SmartWatch 2 ini amat jelas walaupun dibawah cahaya matahari.

Sony SmartWatch 2 ini dijangka akan mula dijual dipasaran seluruh dunia bermula pada bulan September tahun ini namun, harga bagi peranti ini masih belum ditetapkan.

 

Sumber

 

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/feature/microsoft-surface-tablets/ | http://www.mobile88.com/news/loan-houston-texas | private student loan repayment options | 403b personal loans
http://www.mobile88.com/news/feature/microsoft-surface-tablets/ | http://www.mobile88.com/news/loan-houston-texas | private student loan repayment options | 403b personal loans http://www.mobile88.com/news/feature/microsoft-surface-tablets/ | http://www.mobile88.com/news/loan-houston-texas | private student loan repayment options | 403b personal loans