Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Nova 5 disahkan akan hadir dengan pemproses 7nm Kirin 810

Huawei dilaporkan akan menjadi syarikat telefon pintar pertama didunia untuk memiliki dua cip pemprosesan 7nm didalam portfolio produknya.

Ketua bahagian telefon pintar Huawei, He Gang telah mengesahkan bahawa Huawei Nova 5 akan hadir dengan pemproses 7nm Kirin yang terbaru yang mungkin diberi nama Kirin 810 menggantikan pemproses kelas pertengahan Kirin 710.

Pemproses 7nm yang pertama daripada Huawei adalah Kirin 980 yang digunakan pada telefon pintar kelas flagship siri Huawei P30 dan siri Mate 20.

Selain itu, pemproses Kirin 810 ini dijangka akan memilik CPU 8-teras termasuk ARM Cortex-A76 dan GPU Mali-G52.

Selain itu, Huawei Nova 5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan ‘punch hole’ AMOLED FHD+ berukuran 6.39-inci, sensor capjari pada bawah skrin, kamera selfie 32MP, kamera utama 48MP dan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Huawei Nova 5 dijangka akan dilancarkan secara rasmi bersama-sama Nova 5i, Nova 5 Pro dan tablet MediaPad M6 pada 21 Jun ini.

sumber

unsecured loan calculator | cash advances personal loans | get a cash loan
unsecured loan calculator | cash advances personal loans | get a cash loan unsecured loan calculator | cash advances personal loans | get a cash loan