Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Honor 8 akan dilancarkan pada 10 Ogos ini

huawei-honor

Huawei melalui jenama Honor dilihat bakal melancarkan satu lagi telefon pintar dibawah siri ini dan pelancaran terbaru ini akan berlangsung selepas Huawei melancarkan Honor 7 awal bulan lalu. Huawei telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar terbaru Honor ini akan diadakan pada 10 Ogos.

Berdasarkan gambar ‘teaser’ yang dipaparkan, satu peranti Honor yang luar biasa akan dilancarkan.

huawei-honor-8-official-3

Walaupun tidak banyak maklumat rasmi mengenai peranti ini diberikan, Huawei dijangka akan melancarkan satu telefon pintar unik dengan kamera beresolusi tinggi yang boleh digunakan sebagai kamera belakang dan hadapan. Kamera ini akan mempunyai mekanisma ‘pop-up’ yang mana operasinya adalah hampir sama seperti kamera Oppo N3.

new-huawei-honor-8-1

Berdasarkan gambar ini juga, telefon pintar terbaru Honor ini dilihat akan mempunyai reka bentuk dengan panel sisi skrin yang sangat nipis. Selain itu, satu butang khas untuk mengaktifkan kamera ini diletakkan di bahagian sisi dan terdapat juga kemungkinan butang ini turut berfungsi sebagai sensor pengesan capjari.

Huawei Honor ini mungkin dikenali sebagai Honor 8 dan dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p, pemproses Kirin, 3GB RAM dan UI EMUI Huawei yang berasakan Android Lollipop.

selain itu, seperti peranti dibawah siri Honor yang lain, Honor 8 juga dijangka akan mempunyai harga penjualan yang berpatutan.

 

consolidation debt equity loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/gambar-apple-iphone-5s-5c-harga-specs/ | savings account loans
consolidation debt equity loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/gambar-apple-iphone-5s-5c-harga-specs/ | savings account loans consolidation debt equity loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/gambar-apple-iphone-5s-5c-harga-specs/ | savings account loans