Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Honor 7 dilancarkan secara rasmi – dari RM 1205

huawei-honor-7-vmall-malaysia-1

Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka didalam siri Honor iaitu Huawei Honor 7. Huawei mewujudkan jenama Honor sebagai memberikan pengguna pilihan untuk memiliki telefon pintar dengan spesifikasi atasan pada harga yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun, Honor 7 dilihat mempunyai kebolehan untuk menyaingi telefon pintar utama Huawei P8 yang dilancarkan awal bulan lalu dan kini di pasaran Malaysia.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-3

Huawei Honor 7 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium aloi pada bahagian hadapan dan belakang dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci. Skrin paparan ini adalah sama seperti Huawei P8.

Selain itu, Huawei mengekalkan pengunaan pemproses keluaranya sendiri pada Honor 7 dengan model terbaru Honor ini mendapat pemproses 64-bit Kirin 935 yang turut disertakan dengan 3GB RAM. Bagi memori simpanan dalaman pula, Huawei Honor 7 hadir dengan dua pilihan iaitu 16GB dan 64GB namun mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan 128GB memori.

Honor 7 merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM 4G LTE dan slot SIM kedua juga mampu beroperasi sebagai slot microSD.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-4

Selain itu, bahagian kamera Honor 7 juga diberikan pemfokusan yang lebih. Ianya hadir dengan unit kamera 20MP f/2.0 Sony IMX230 sensro Exmor RS yang turut dilengkapi pemfokusan auto ‘phase detection’ manakala kamera hadapan adalah 8MP f/2.4 dengan lampu flash hadapan.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-2

Huawei Honor 7 juga hadir dengan sensor pengesan capjari generasi terbaru yang mampu memberikan anda akses kepada telefon pintar didalam masa 0.5 saat. Sensor ini diletakkan pada bahagian belakang yang sama seperti pada Huawei Ascend Mate 7.

Huawei Honor 7 juga mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh dengan teknologi pengecasan pantas turut disertakan. Pengguna boleh mengecas bateri Honor 7 ini sehingga tahap 50% didalam masa hanya 30 minit.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-5

Huawei Honor 7 dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop ini dijangka akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 1,999 sekitar RM 1205 manakala versi 64GB akan dijual pada harga CNY 2499 (RM 1506).

Buat masa ini tiada sebarang maklumat akan bila model Honor ini akan ditawarkan dipasaran Malaysia.

sumber

UMobile kini menawarkan 3GB Internet pada harga RM 28

Huawei P8 Lite Kini Di Malaysia – RM899

average school loan debt | canara bank personal loan | loan for tax refund
average school loan debt | canara bank personal loan | loan for tax refund average school loan debt | canara bank personal loan | loan for tax refund