Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Honor 7 Enhanced Edition dilancarkan secara rasmi

huawei honor 7 enhanced edition

Huawei Honor 7 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium aloi pada bahagian hadapan dan belakang dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci.

Selain itu, Huawei Honor 7 Enhanced Edition masih menggunakan pemproses 64-bit Kirin 935 yang turut disertakan dengan 3GB RAM. Huawei Honor 7 baru ini juga hadir dengan 32GB memori simpanan dalam dalaman dan masih mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan 128GB memori.

Honor 7 Enhanced Edition merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM 4G LTE dan slot SIM kedua juga mampu beroperasi sebagai slot microSD

Selain itu, bahagian kamera Honor 7 terbaru ini juga diberikan pemfokusan yang lebih. Ianya hadir dengan unit kamera 20MP f/2.0 Sony IMX230 sensor Exmor RS yang turut dilengkapi pemfokusan auto ‘phase detection’ manakala kamera hadapan adalah 8MP f/2.4 dengan lampu flash hadapan.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-4

Huawei Honor 7 Enhanced Edition juga hadir dengan sensor pengesan capjari generasi terbaru yang mampu memberikan anda akses kepada telefon pintar didalam masa 0.5 saat. Sensor ini diletakkan pada bahagian belakang yang sama seperti pada Huawei Ascend Mate 7.

Huawei Honor 7 Enhanced Edition juga mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh dengan teknologi pengecasan pantas turut disertakan. Pengguna boleh mengecas bateri Honor 7 ini sehingga tahap 50% didalam masa hanya 30 minit.

Huawei Honor 7 Enhanced Edition juga hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan mempunyai harga penjualan CNY 1,999 atau sekitar RM 2,350 (satu warna sahaja iaitu emas).

http://www.mobile88.com/news/home-loan-center-lending-tree | business loan interest | home equity loan with poor credit
http://www.mobile88.com/news/home-loan-center-lending-tree | business loan interest | home equity loan with poor credit http://www.mobile88.com/news/home-loan-center-lending-tree | business loan interest | home equity loan with poor credit