Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Ascend P6 Telefon Pintar Ternipis DiDunia Kini Di Malaysia – RM 1,399

huawei ascend p6 malaysia price

Huawei hari ini secara rasminya telah melancarkan peranti terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Huawei Ascend P6 yang merupakan telefon pintar ternipis didunia dengan mempunyai ketebalan hanya 6.188mm. Huawei Ascend P6 telah diumumkan secara rasmi pada majlis pelancaran yang diadakan di London sebulan lalu.

peranti ini mempunyai  reka bentuk logam sepenuhnya dan mempunyai ketebalan 6.18mm dengan berat 120 gram iaitu hanya 8 gram lebih berat daripada Apple iPhone 5 yang mempunyai ketebalan 7.6mm.

Selain itu, Huawei Ascend P6 mempuyai skrin paparan in-cell LCD 4.7-inci dengan resolusi 1280 x 720, pemproses  quad-core 1.5GHz dan disertakan dengan 2GB RAM. Apa yang sedikit mengecewakan ialah memori simpanan dalaman Ascend P6 hanya la sebesar 8GB namun pengguna boleh menambah kapasiti memori simpanan sehingga 32GB menggunakan slot microSD.

huawei malaysia ascend p6Rekabentuk Huawei Ascend P6

Kamera pada model terbaru Huawei ini ialah kamera 8MP dengan F/2.0 Lensa BSI dengan macro 4cm yang juga boleh digunakan untuk rakaman video HD penuh 1080p. Huawei juga menawarkan kamera hadapan 5MP dengan keupayan yang mana Huawei menyatakan kamera ini dibekalkan khusus untuk pengguna yang gemar mengambil gambar mereka sendiri atau “selfie”. Perisian IMAGESmart juga ditawarkan untuk menambah baik kualiti gambar tersebut.

Huawei Ascend P6 adalah model yang berasakan Android 4.2.2 dan akan bergabung bersama dengan UI ‘Emotion’ rekaan sendiri daripada Huawei. Selain itu, bateri dengan kapasiti 2,000mAh yang menawarkan jangka hayat bateri lebih panjang.

Huawei Ascend P6 kini boleh didapati di semua pengedar sah Huawei diseluruh negara dengan harga yang amat menarik iaitu RM 1,399 didalam dua warna pilihan iaitu Hitam dan Putih dan disertakan sarung khas. kami di Mobile88 berpendapat bahawa harga Huawei Ascend P6 ini adalah amat berpatutan memandangkan spesifikasi yang ditawarkan.

Adakah harga Huawei Ascend P6 ini wajar?, berikan pandangan anda

auto loan calculator online | loans in valdosta ga | federal debt consolidation loans | self storage loans
auto loan calculator online | loans in valdosta ga | federal debt consolidation loans | self storage loans auto loan calculator online | loans in valdosta ga | federal debt consolidation loans | self storage loans