Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Ascend P6 Memasuki Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Huawei Ascend P6 yang telah diumumkan  pada satu majlis khas yang diadakan di London pada 18hb Jun yang lalu akan dilancarkan diMalaysia pada minggu hadapan iaitu secara spesifiknya pada 25hb Julai. Ini berikutan Huawei yang menjemput kami menghadiri sidang pelancaran yang akan diadakan di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur.

Telefon pintar Huawei ini adalah percubaan terkini syarikat ini untuk memasuki pasaran telefon pintar Android yang lumayan dan mempunyai persaingan tinggi.

Tidak banyak maklumat mengenai model ini diberikan bersama jemputan tersebut, namun seperti yang sedia maklum, Huawei Ascend P6 merupakan penyadang sebagai telefon pintar paling nipis didunia.huawei ascend p6

Chasis Ascend P6 yang nipis

Ascend P6 mempunyai ketebalan 6.18mm dan seberat 120gram. Rekaan telefon pintar ini adalah amat menarik dan seakan-akan sama seperti Apple iPhone terutama sekali dibahagian sisi dan atas peranti ini.

Huawei Ascend P6 MalaysiaWalaupun mempunyai chasis yang nipis, Ascend P6 mempunyai bateri berkapasiti 2,000mAh dan dilengkapkan dengan beberapa perisian canggih yang meningkatkan penjimatan tenaga sehingga 30%. Ascend P6 juga mempunyai skrin paparan 4.7-inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel dan teknologi sentuhan ‘in-cell’ yang boleh mengesan sentuhan pada skrin walaupun menggunakan sarung tangan.Ascend P6 dilengkapi kamera belakang 8-megapiksel dan 5-megapiksel dibahagian hadapan

P6 mempunyai pemproses quad-core 1.5GHz dengan 2GB RAM dan juga mempunyai memori simpanan dalaman 8GB dan memori simpanan boleh ditambah menggunakan slot microSD. Selain itu, ianya juga dilengkapi Android 4.2.2 yang terkini.

Huawei tidak menyatakan harga bagi peranti ini lagi dan dijangka akan diumumkan pada sidang pelancaran itu minggu hadapan.

Mampukah Huawei Ascend P6 Memberikan Persaingan kepada Gergasi Android yang lain?

debit cards loans | http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-20-releases-first-software-update/ | title loans pensacola fl
debit cards loans | http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-20-releases-first-software-update/ | title loans pensacola fl debit cards loans | http://www.mobile88.com/news/international/blackberry-20-releases-first-software-update/ | title loans pensacola fl