Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Honor 9X dan Honor 9X Pro dilancarkan secara rasmi

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 9X dan Honor 9X Pro dengan teknologi kamera selfie pop-up yang pertama kali digunakan pada telefon pintar Honor.

Honor 9X dan Honor 9X Pro mempunyai banyak persamaan kecuali kamera belakang dan kapasiti RAM/ROM.

Honor 9X dan Honor 9X Pro memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.59-inci tanpa takukan dengan resolusi FHD+ dan nisbah ‘screen-to-body ratio’ 92%.

Selain itu, Honor 9X dan Honor 9X Pro juga hadir dengan pemproses Kirin 810,  GPU Turbo 3.0 dan EMUI 9.1 (Android Pie).

Honor 9X hadir didalam tiga konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4/64GB, 6/64GB dan 6/128GB manakala Honor 9X Pro hadir dengan 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 9X Pro hadir dengan tetapan tiga kamera iaitu 48MP+8MP+2MP manakala Honor 9X mempunyai sensor yang sama namun kehilangan sensor lensa lebar 8MP.

Harga penjualan Honor 9X bermula dari CNY 1,399 sehingga CNY 1,899 manakala Honor 9X Pro pula bermula dari CNY 2,199 sehingga CNY 2,399.

Buat masa ini masih belum ada maklumat pelancaran Honor 9X dan Honor 9X Pro ke pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

mortgage loan business | mbna europe bank loans | consolidation debt equity loan | financial services loan
mortgage loan business | mbna europe bank loans | consolidation debt equity loan | financial services loan mortgage loan business | mbna europe bank loans | consolidation debt equity loan | financial services loan