Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Honor 8X kini ditawarkan pada harga RM 849 sahaja

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahwa Honor 8X akan mula ditawarkan dengan tag harga baru iaitu RM 849 sahaja berbanding harga penjualan sebelum ini iaitu RM 949.

Dengan harga baru, Honor 8X kini menawarkan penjimatan sebanyak RM 100 dan pengumuman ini tiba selepas Honor 8C disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini.

Honor 8X ini hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.5-inci yang mempunyai nisbah screen-to-body 91%, pemproses Kirin 710 dengan AI, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Honor 8X juga hadir dengan teknologi dwi-kamera AI dibahagian belakang iaitu kombinasi 20MP + 2MP selain kamera selfie 16MP yang turut hadir dengan bantuan AI.

Honor 8X juga mempunyai slot tri-SIM yang mana anda boleh menggunakan dua SIM dan satu kad memori microSD secara serentak.

Honor 8X kini ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam, biru, merah dan warna gradiasi phantom blue yang diperkenalkan baru-baru ini.

cheapest personal loans uk | national defense student loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-tab-3-10-1-and-samsung-galaxy-tab-3-8-0-specs-leaked/
cheapest personal loans uk | national defense student loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-tab-3-10-1-and-samsung-galaxy-tab-3-8-0-specs-leaked/ cheapest personal loans uk | national defense student loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-galaxy-tab-3-10-1-and-samsung-galaxy-tab-3-8-0-specs-leaked/