Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Honor 20 Lite akan ditawarkan mulai 24 April pada harga RM 949

Honor 20 Lite yang hangat diperkatakan sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 949 sahaja.

Honor 20 Lite merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang.

Selain itu, Honor 20 Lite hadir dengan skrin paparan Dewdrop FHD+ bersaiz 6.21-inci, pemproses Kirin 710, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,400mAh.

bercakap mengenai teknologi tri-kamera Honor 20 Lite ini, ianya adalah tetapan 24MP+8MP+2MP selain kamera selfie 32Mp.

Honor 20 Lite akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan merah dengan kemasan gradiasi.

Harga penjualan Honor 20 Lite adalah RM 949 dan penjualan akan bermula pada 24 April 2019 di Shopee dan hihonor.

Honor juga telah mengumumkan bahawa 500 pembeli pertama Honor 20 Lite di Shopee akan menerima beg tali Nike dan Shopee Coin bernilai RM 30 manakala 500 pembeli berikut akan menerima hadiah eksklusif Honor dan Shopee Coin bernilai RM 30.

Selain itu, pembeli Honor 20 Lite di hihonor pula akan menerima hadiah eksklusif Honor namun hanya terhad kepada 50 pembeli pertama.

Shopee akan turut mengadakan penjualan Super Brand  Day selama 5 hari iaitu dari 22 April hingga 26 April  2019.

http://www.mobile88.com/news/freedom-finance-personal-loan | badcredit loans us | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/
http://www.mobile88.com/news/freedom-finance-personal-loan | badcredit loans us | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/ http://www.mobile88.com/news/freedom-finance-personal-loan | badcredit loans us | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/