Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Honor 10 Lite kini di Malaysia pada harga dari RM 749

 

Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Honor 10 Lite ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan reka bentuk yang sangat premium walaupun pada harga yang amat berpatutan.

Tumpuan utama Honor 10 Lite sudah pastinya terletak pada kamera swafoto AI 24MP selain reka bentuk skrin dewdrop yang memiliki resolusi FHD+.

Ianya adalah skrin paparan IPS LCD bersaiz 6.21-inci dengan nisbah skrin melebihi 90%.

Selain itu, Honor 10 Lite juga hadir dengan pemproses Kirin 710, 3GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB atau 64GB.

Selain itu, Honor 10 Lite juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh, EMUI 9.0 berasaskan Android Pie, sensor dwi-kamera 13MP+2MP dan slot dwi-SIM Hibrid (menyokong microSD maksima 512GB).

Honor 10 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru langit dan hitam bagi versi 3GB/32GB manakala versi 3GB/64GB pula hadir didalam warna biru dan merah gradiasi.

pembelian boleh dibuat mulai jam 10 pagi esok di Hihonor ataupun Lazada

Honor 10 Lite versi 3GB/32GB akan ditawarkan pada harga promosi iaitu RM 699 berbanding harga asal RM 749( 9 Januari sahaja) manakala versi 3GB/64GB pula ditawarkan pada harga RM 799.

Selain itu, Anda juga boleh menerima Honor 10 Lite anda pada hari yang sama jika pembelian dibuat di Lazada sebelum pukul 1 petang namun keisitimewaan ini hanya terhad kepada pembeli di Lembah Klang sahaja.

Honor 10 Lite ini akan dibuka untuk tempahan tepat pada pukul 10 pagi dan bagi tempahan selepas 1 petang anda akan menerima unit anda pada keesokan hari.

capital finance loans | california student loan | graduate plus loan bad credit
capital finance loans | california student loan | graduate plus loan bad credit capital finance loans | california student loan | graduate plus loan bad credit