Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

foodpanda kini menawarkan perkhimatan penghantaran makanan di Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu

 foodpanda Malaysia telah mengumumkan bahawa ianya kini telah mula menawarkan perkhimatan penghantaran makanan mereka ke enam bandar baharu iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu – dalam hanya tempoh enam bulan pertama 2019 .

 foodpanda berpegang teguh dalam misi membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini, yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan turut disertai lebih 6,000 peniaga.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Pelanggan seluruh negara kini boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

 Dalam tahun sebelum ini, rakan restoran foodpanda telah bertumbuh sebanyak lebih 200% dan syarikat ini mempunyai impian untuk terus berkerjasama dengan mereka untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia.

Selain itu, peminat Gong Cha juga akan mendapat satu tawaran eksklusif kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka  pada bulan Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka.

Maklumat lanjut layari laman Web: www.foodpanda.my

pay loan lenders | http://www.mobile88.com/news/local/bye-bye-ipad-2-hello-ipad-4-apple/ | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/flexible-lg-g-flex-dijual-korea-malaysia-price-harga/
pay loan lenders | http://www.mobile88.com/news/local/bye-bye-ipad-2-hello-ipad-4-apple/ | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/flexible-lg-g-flex-dijual-korea-malaysia-price-harga/ pay loan lenders | http://www.mobile88.com/news/local/bye-bye-ipad-2-hello-ipad-4-apple/ | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/flexible-lg-g-flex-dijual-korea-malaysia-price-harga/