Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Cara mendapatkan iOS 9 Beta bagi iPhone & iPad anda

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia

Sistem operasi terbaru Apple iOS 9 yang dilancarkan semalam dilihat lebih memfokuskan peningkatan prestasi berbanding reka bentuk UI yang baru namun masih terdapat banyak ciri baru yang akan pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya.

Jika anda tidak sanggup untuk menunggu sehingga pertengahan bulan September untuk mencuba iOS 9, terdapat cara yang membolehkan anda mencuba versi iOS 9 Beta 1 yang ditawarkan buat pembangun aplikasi.

Berikut adalah cara untuk memilki iOS 9 bagi iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air 1 dan 2, iPad Mini 1-3, iPad 3, iPad 4 dan iPod generasi ke-5.

apple-ios-9-compatible-device-malaysia

Cara pertama: memuat turun iOS 9 dengan akaun rasmi ‘Apple developer’

Lakukan ‘backup’ kesemua fail dan data peranti dari peranti Apple anda melalui versi terbaru iTunes

Layari laman web rasmi iOS Developer dan daftar satu akaun ( cas tahunan $99 akan dikenakan)

Tekan pautan iOS 9 Beta dibawah menu utama dan pilih peranti Apple anda.

Selepas muat turun selesai, letakkan fail tersebut di ‘desktop’ anda dan di iTunes tekan butang (alt) bagi komputer Mac atau tekan butang (shift) bagi komputer Windows ketika anda menekan ‘Check for update’

Pilih fail iOS 9 beta dari ‘desktop’ anda dan masukkan semula kesemua data yang di ‘backup’ kedalam peranti Apple anda.

Cara kedua: percuma dan tanpa akaun rasmi ‘Apple developer’

Cara ini sedikit rumit dan berisiko namun jika anda tidak boleh tunggu sehingga versi umum iOS 9 beta yang akan ditawarkan bulan hadapan, anda boleh melakukanya.

Lakukan ‘backup’ kesemua data anda ke iCloud kemudian muat turun perisian iOS 9 beta mengikut model peranti anda dibawah ini

Selepas muat turun selesai, letakkan fail tersebut di ‘desktop’ anda dan di iTunes tekan butang (alt) bagi komputer Mac atau tekan butang (shift) bagi komputer Windows ketika anda menekan ‘Check for update’

Walaubagaimanapun, harus kami ingatkan disini bahawa kesemua data dan fail peribadi anda tidak akan ada apabila anda kembali ke iOS 8.3 semula namun anda boleh membuat ‘restore’ melalui akaun iCloud.

iOS 9 dilancarkan secara rasmi – 10 perkara yang anda perlu tahu

5 telefon pintar terbaik dengan pemproses Snapdragon 810

sumber

cfs suntech student loan | 1000 fax loan no payday | buisness loans for women | home equity loan company
cfs suntech student loan | 1000 fax loan no payday | buisness loans for women | home equity loan company cfs suntech student loan | 1000 fax loan no payday | buisness loans for women | home equity loan company