Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Black Shark 2 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 855+

Black Shark secara rasminya telah memperkenalkan Black Shark 2 Pro yang merupakan telefon pintar gaming kedua untuk hadir dengan pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855+.

Selain pengunaan cip pemprosesan terbaru ini, Black Shark 2 Pro juga disertakan dengan jenis memori UFS 3.0 yang mempunyai kelajuan membaca dan menulis data yang lebih pantas.

Bercakap mengenai spesifikasi, Black Shark 2 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.39-inci (dengan sensor capjari dalam skrin) , 12GB RAM, 2 pilihan memori dalaman iaitu 128GB/256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 27W.

Selain itu, Black Shark 2 Pro juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair ‘Liquid Cooling 3.0’ dan markah AnTuTu 500,610 mata.

Black Shark 2 Pro juga memiliki tetapan kamera yang sama seperti Black Shark 2 iaitu sensor 48MP + 12MP di bahagian belakang dan sensor kamera selfie 20MP.

Black Shark 2 Pro akan mula memasuki pasaran China pada 2 Ogos didalam empat warna iaitu biru, oren, hitam dan perak.

Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai penawaran Black Shark 2 Pro dipasaran antarabangsa.

http://www.mobile88.com/news/one-day-payday-loans | http://www.mobile88.com/news/installment-loans-lenders | access loans and mortgages | pay day loans lenders
http://www.mobile88.com/news/one-day-payday-loans | http://www.mobile88.com/news/installment-loans-lenders | access loans and mortgages | pay day loans lenders http://www.mobile88.com/news/one-day-payday-loans | http://www.mobile88.com/news/installment-loans-lenders | access loans and mortgages | pay day loans lenders