Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Black Shark 2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 3 September ini

Black Shark secara rasminya telah mengesahkan bahawa Black Shark 2 Pro akan dilancarkan di Malaysia awal bulan hadapan atau lebih tepat pada 3 September.

Maklumat pelancaran tempatan telefon pintar Black Shark 2 Pro ini telah didedahkan melalui akaun rasmi Facebook Black Shark.

Bercakap mengenai Black Shark 2 Pro, ianya merupakan telefon pintar gaming kedua untuk hadir dengan pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855+.

Selain pengunaan cip pemprosesan terbaru ini, Black Shark 2 Pro juga disertakan dengan jenis memori UFS 3.0 yang mempunyai kelajuan membaca dan menulis data yang lebih pantas.

Bercakap mengenai spesifikasi, Black Shark 2 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.39-inci (dengan sensor capjari dalam skrin) , 12GB RAM, 2 pilihan memori dalaman iaitu 128GB/256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 27W.

Selain itu, Black Shark 2 Pro juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair ‘Liquid Cooling 3.0’ dan markah AnTuTu 500,610 mata.

Black Shark 2 Pro juga memiliki tetapan kamera yang sama seperti Black Shark 2 iaitu sensor 48MP + 12MP di bahagian belakang dan sensor kamera selfie 20MP.

Black Shark 2 Pro akan mula memasuki pasaran China pada 2 Ogos didalam empat warna iaitu biru, oren, hitam dan perak.

Buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi Black Shark 2 Pro di Malaysia.

loan financing calculator | personal bankruptcy loan | debt management loans | no doc boat loans | non homeowner loans
loan financing calculator | personal bankruptcy loan | debt management loans | no doc boat loans | non homeowner loans loan financing calculator | personal bankruptcy loan | debt management loans | no doc boat loans | non homeowner loans