Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Asus ZenFone Max Pro M2 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga dari RM 859

Asus secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar ZenFone Max Pro M2 yang kini telah pun dibuka untuk tempahan dipasaran Malaysia didalam dua kapasiti RAM.

Asus ZenFone Max Pro M2 adalah model ZenFone Max Pro M1 yang telah dinaik taraf secara menyeluruh dengan reka bentuk yang lebih premium.

Berikut adalah spesifikasi penuh Asus ZenFone Max Pro (M2)

  • Skrin paparan 6.3-inci dengan resolusi FHD+ dan lapisan gelas Corning Gorilla 6
  • 4GB atau 6GB RAM
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE
  • 64GB memori simpanan dalaman dengan sokongan kad microSD sehingga 2TB
  • Dwi-SIM Nano dan satu slot microSD (Tri-SIM)
  • NFC
  • Sensor capjari dibelakang dan teknologi pengecaman wajah
  • Android 8.1 Oreo (naik taraf Android 9 Pie pada bulan Januari 2019)
  • Dwi-Kamera 12MP Sony IMX486 + 5MP
  • Kamera Selfie 13MP
  • Bateri berkapasiti 5,000mAh

Harga penjualan Asus ZenFone Max Pro M2 adalah seperti berikut:

Asus ZenFone Max Pro M2 4GB/64GB – RM 859

Asus ZenFone Max Pro M2 6GB/64GB – RM 999

Asus ZenFone Max Pro M2 kini telah dibuka untuk tempahan di Malaysia dimana jika anda ingin memiliki versi 4GB/64GB, tempahan boleh dibuat di secara eksklusif di Lazada manakala bagi versi 6GB/64GB pula, anda boleh membuat tempahan di Shopee.

 

high yield loan | school loan grants | bad credit car loans tampa | home loan center lending tree
high yield loan | school loan grants | bad credit car loans tampa | home loan center lending tree high yield loan | school loan grants | bad credit car loans tampa | home loan center lending tree