Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Apple iPad Air vs Galaxy Note 10.1(2014) – Yang Mana Lebih Baik?

Dengan iPad Air kini sudah mula ditawarkan di kebanyakan pasaran, kami cuba membandingkanya dengan antara tablet terbaik daripada Samsung iaitu Galaxy Note 10.1 edisi 2014.

apple-ipad-air-vs-samsung-galaxy-note-10.1-2014-dimension-compare

Reka bentuk

Saiz iPad Air dan Galaxy Note 10.1 ini boleh dikatakan sama secara keseluruhanya walaupun iPad Air mempunyai dimensi yang lebih kecil iaitu 5 peratus lebih nipis 1 peratus lebih rendah dan 13 peratus lebih ringan berbanding tablet daripada Samsung ini.

iPad Air direka berasakan tablet mini Apple iaitu iPad Mini yang mempunyai sisi yang lebih kecil dan keluasan skrin paparan yang lebih memenuhi ruang berbanding apa yang ditawarkan pada Galaxy Note 10.1

Selain itu, Galaxy Note mempunyai reka bentuk berasakan kulit dan plastik sama seperti phablet terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 3. Tablet ini juga mempunyai buton kapasitif bagi ‘menu’ dan ‘back’ yang terletak diantara butang fizikal ‘home’ selain mempunyai stylus yang dikenali sebagai S-Pen.

Kedua-dua tablet ini ditawarkan didalam warna hitam dan putih.

apple-ipad-air-vs-samsung-galaxy-note-10.1-2014

Skrin paparan

Kedua-dua tablet ini memberikan anda skrin paparan yang berkualiti tinggi dengan Galaxy Note 10.1 mempunyai skrin paparan yang lebih tajam namun skrin paparan Retina yang terdapat pada iPad Air juga tidak kurang hebatnya.

apple-ipad-air-vs-galaxy-note-10.1-2014

Pemproses dan RAM

Walaupun diatas kertas, pemproses dual-core A7 berkelajuan 1.4GHz yang dimiliki iPad Air( sama seperti iPhone 5S)  tidak begitu menarik, namun ianya lebih bagus daripada pemproses yang dimiliki Galaxy Note 10.1 yang hadir didalam dua pilihan iaitu pemproses Exynos Octa bagi versi 3G dan pemproses Snapdragon 800 bagi versi LTE.

Dari segi kapasiti RAM, iPad Air memiliki 1GB RAM manakala Note 10.1 hadir dengan 3GB RAM. Walaupun iPad Air hanya memiliki 1GB RAM, kami tidak nampak sebarang masalah memandangkan sistem operasi iOS 7 yang menawarkan pengurusan RAM terbaik.

apple-ipad-air-vs-galaxy-note-10.1-2014

Kamera

Jika berdasarkan resolusi megapiksel, kamera Galaxy Note 10.1 adalah pemenangya namun tablet bukanlah sesuatu yang digunakan untuk mengambil gambar dan kami pasti kamera iPad Air masih mampu menyaingi kamera yang dimiliki lawanya ini.

apple-ipad-air-vs-samsung-galaxy-note-10.1-2014-price-compare

Harga

Buat masa ini tiada harga rasmi bagi Apple iPad Air di Malaysia, namun harga dijangka bermula dari RM 1699

Samsung Galaxy Note 10.1 ini kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 2299

Kesimpulan

Daripada memilih satu juara diantara kedua tablet ini, kami cuba memberikan yang mana mungkin menjadi pilihan anda, bagi kebanyakan pengguna iPad Air pasti menjadi pilihan utama namun jika anda meminati tablet dengan stylus dan skrin paparan yang lebih besar Galaxy Note 10.1 akan menjadi pilihan anda.

spesifikasi Apple iPad Air

spesifikasi  Galaxy Note 10.1

terbaru : sila lawati page terbaru kami iaitu GirlsInsight

Tablet manakah yang akan menjadi pilihan anda?, berikan pendapat anda

loan shark terms | hebrew free loan new york | http://www.mobile88.com/news/loans-from-the-government | http://www.mobile88.com/news/international/entry-level-iphone-price-iphone5s/ | http://www.mobile88.com/news/feature/why-you-shouldnt-upgrade-your-iphone-5-to-iphone-5s-specs/
loan shark terms | hebrew free loan new york | http://www.mobile88.com/news/loans-from-the-government | http://www.mobile88.com/news/international/entry-level-iphone-price-iphone5s/ | http://www.mobile88.com/news/feature/why-you-shouldnt-upgrade-your-iphone-5-to-iphone-5s-specs/ loan shark terms | hebrew free loan new york | http://www.mobile88.com/news/loans-from-the-government | http://www.mobile88.com/news/international/entry-level-iphone-price-iphone5s/ | http://www.mobile88.com/news/feature/why-you-shouldnt-upgrade-your-iphone-5-to-iphone-5s-specs/