Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Apple akan melancarkan generasi iPhone yang baru dua kali setahun mulai 2021


Laporan dari CNBC today telah mendakwa penganalisa J.P Morgan meramalkan bahawa Apple akan mengubah strategi pelancaran telefon pintar mulai tahun 2021 yang mana Apple akan beralih kepada pelancaran iPhone sebanyak dua kali setahun.

Apple secara tradisinya hanya melancarkan generasi baru iPhone setiap 12 bulan dengan pelancaran pada bulan September sebelum musim percutian bermula namun pelancaran model baru bagi setiap enam bulan akan memberikan Apple satu platform untuk memuaskan hati pengguna.

Perubahan didalam kitaran pelancaran ini membolehkan Apple bersaing dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang lain seperti Samsung dan Huawei yang mempunyai dua siri telefon pintar flaghsip yang dilancarkan selang 6 bulan (secara purata).

Bercakap mengenai iPhone 2020, penganalisa meramalkan Apple akan memperkenalkan 4 model iPhone dengan skrin OLED dan sokongan 5G namun terdapat model yang tidak menyokong teknologi mmWave.

Apple iPhone 2020 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 5.4”, dua model dengan skrin 6.1” dan satu model dengan skrin 6.7”.

Dua model teratas didalam portfolio iPhone 2020 dijangka menyokong teknologi 5G mmWave, teknologi tri-kamera dan teknologi 3D sensing yang baru. Dua model mungkin disertakan dengan dwi-kamera dan sokongan Sub-6G.

Penganalisa juga menyatakan bahawa penawaran 5G pada model iPhone tahun hadapan akan menggalakan pengguna beralih kepada model iPhone yang baru.

sumber

title loan ca | veteran loans com | chiropractic consolidation debt loan student
title loan ca | veteran loans com | chiropractic consolidation debt loan student title loan ca | veteran loans com | chiropractic consolidation debt loan student