Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Aplikasi WhatsApp Business kini ditawarkan bagi pengguna Android

whatsapp business

Facebook sebelum ini pernah mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan akaun perniagaan pada WhatsApp dan kini peracangan ini sudah menjadi realiti buat pengguna peranti Android buat masa sekarang.

WhatsApp Business kini sedia untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store bagi pengguna Android namun ianya hanya ditawarkan di negara seperti Indonesia, Mexico, United Kingdom dan Amerika Syarikat ( dengan lebih banyak negara akan ditawarkan didalam masa terdekat).

Facebook-launches-WhatsApp-Business-

WhatsApp Business adalah sama seperti aplikasi WhatsApp yang biasa namun dengan ciri tambahan khusus untuk perniagaan yang membolehkan anda mencipta profil perniagaan yang membolehkan pelanggan menerima maklumat penting seperti jenis perniagaan, e-mel , alamat perniagaan dan laman web.

WhatsApp Business juga hadir dengan ciri Messaging Tools yang membolehkan pemilik perniagaan membalas mesej dengan segera, mesej bagi pelanggan baru dan mesej mengenai penutupan perniagaan.

Buat masa ini WhatsApp Business bagi peranti iOS masih belum dilancarkan namun ianya dijangka akan turut ditawarkan.

student loan finance company | canadian government grants and loans | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/
student loan finance company | canadian government grants and loans | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/ student loan finance company | canadian government grants and loans | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/