Sponsored Advertisement

ZTE Open Yang Menggunakan Firefox OS Habis Dijual Di Ebay – RM 256

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

zte open firefox osZTE Open berasaskan Firefox OS

ZTE Open yang merupakan salah satu model keluaran syarikat Mozilla telah kehabisan stok dilaman ebay. ZTE Open ini dijual pada harga $80 (RM 256) di Amerika Syarikat dan £60 (RM 310) di United Kingdom.

Mozilla telah berkerjasama dengan beberapa pengedali rangkaian seperti Telefonica dan ZTE Open ini masih boleh didapati melalui syarikat ini dibeberapa negara seperti Sepanyol, Venezuela dan Colombia. Walaubagaimanapun, telefon yang berasakan Firefox OS ini dijual secara terus kepada pelanggan.

eBay UK melaporkan sebanyak 990 unit ZTE Open telah dijual manakala 985 unit telah dijual melalui eBay US . ZTE Open ini tidak akan dijual lagi sehingga fasa pembuatan seterusnya.

zte open fire fox Dimensi ZTE Open

Walaupun pada harga yang berpatutan ini, ZTE masih mampu menawarkan spesifikasi yang agak baik seperti skrin paparan 3.5-inci, pemproses 1GHz single core, Adreno 200 untuk pengendalian grafik dan 256 RAM dan 512MB memori simpanan dalaman. Selain itu, ZTE Open juga dilengkapi dengan kamera belakang 3.2-megapiksel sama seperti LG Dare manakala bateri dengan kapasiti 1200mAH turut disertakan.

Dalam pada itu, naib presiden Mozilla, Dr. Li Gong berkata bahawa isu terbesar sekarang ialah untuk menarik pereka aplikasi membuat aplikasi yang boleh membantu memajukan platform Firefox OS ini. Dengan penawaran harga Firefox phone yang amat berpatutan isu ini mungkin tidak terlalu sukar untuk diatasi dan dijangka akan membantu Mozilla menarik minat pengguna yang lebih ramai.

Bagi fasa pertama ini , Selain ZTE Open, Mozilla Firefox OS juga telah digunakan pada model telefon lain seperti Geeksphone Peak+ dan Alcatel One Touch Fire. Jika model-model ini mendapat sambutan yang mengalakkan kami, kami pasti bahawa pembuat telefon pintar yang terkenal seperti Sony dan Samsung juga akan mula bekerjasama dengan Mozilla untuk mengeluarkan model yang berasakan Firefox OS.

Dengan penawaran harga yang murah, mampukah Firefox OS bersaing dengan Android dan iOS?, berikan pandangan anda dibawah

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
dial for a loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-soldiers | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-htc-butterfly/
dial for a loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-soldiers | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-htc-butterfly/ dial for a loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-soldiers | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-htc-butterfly/