Sponsored Advertisement

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dilancarkan dengan skrin paparan Fullview

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

index_screen
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri Redmi iaitu Redmi 5 dan Redmi 5 Plus yang memiliki teknologi skrin Fullview 18:9.

Terus kepada spesifikasi, Redmi 5 hadir dengan skrin paparan 5.7-inci dengan resolusi HD+ manakala versi Plus hadir dengan skrin paparan berukuran 5.9-inci dengan resolusi HD+ penuh.

Selain itu, Redmi 5 juga memiliki pemproses Snapdragon 450, dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB, bateri berkapasiti 3,300mAh dan sensor capjari dipanel belakang.

                     index_redmi5_black index_redmi5plus_black
Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus

Redmi 5 Plus pula hadir dengan pemproses Snapdragon 625, dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB, bateri berkapasiti 4,000mAh dan sensor capjari dipanel belakang.

Kedua-dua model Redmi 5 ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera belakang 12MP manakala kamera hadapan adalah 5MP dan lebih menarik disini adalah kedua-dua sensor kamera ini turut diiringi dengan lampu flash LED.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam, biru, merah jambu dan emas dengan harga penjualan seperti berikut :

Xiaomi Redmi 5 2GB RAM /16GB ROM : CNY 799 – RM 494
Xiaomi Redmi 5 3GB RAM /32GB ROM : CNY 899 – RM 556
Xiaomi Redmi 5 Plus 3GB RAM /32GB ROM : CNY 999 – RM 619
Xiaomi Redmi 5 Plus 4GB RAM /64GB ROM: CNY 1,299 – RM 803

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/secure-loans-uk | chase student loans pay online | swift payday loans
http://www.mobile88.com/news/secure-loans-uk | chase student loans pay online | swift payday loans http://www.mobile88.com/news/secure-loans-uk | chase student loans pay online | swift payday loans