Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi Note 3 turut diperkenalkan dengan sensor pengecaman wajah

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

161746uothqcf24h8242qy.jpg.thumb
Selain telefon pintar tanpa bezel Mi Mix 2, Xiaomi turut telah melancarkan generasi ketiga peranti Mi Note yang dikenali sebagai Mi Note 3.

Xiaomi Mi Note 3 hadir dengan skrin paparan HD penuh bersaiz 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 660 ( sebab utama adalah kerana Snapdragon 835 tidak menyokong sensor capjari terbina dalam skrin) , 6GB RAM dengan pilihan dua memori simpanan iaitu 64GB atau 128GB.
155240blh20an2l1s8an9t.jpg.thumb
Mi Note juga memiliki kamera berkembar dibahagian belakang dengan dua unit 12MP yang membolehkan pengambilan gambar potrait selain pemfokusan optik 2x. Kamera selfie Mi Note 3 adalah 16MP dengan mod ”Adaptable AI”.

Mi Note 3 adalah telefon pintar yang lengkap dan ianya turut memiliki sistem keselamatan pengecaman wajah, sensor capjari pada skrin, pembesar suara stereo, bateri berkapasiti 3,500mAh dengan sokongan QC 3.0.

Xiaomi Mi Note 3 ditawarkan didalam tiga versi iaitu versi 6GB + 64GB pada harga RMB 2,499, versi 6GB + 128GB pada harga RMB 2,899 dan versi 6GB + 128GB didalam warna biru pada harga RMB 2,999.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto | faxless payday loans lenders | a loan to start a small business
http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto | faxless payday loans lenders | a loan to start a small business http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto | faxless payday loans lenders | a loan to start a small business