Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi 6 dilancarkan secara rasmi – kamera berkembar seperti iPhone 7 Plus

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

mi 6

Xiaomi Mi 6 telah dilancarkan secara rasmi dan telefon pintar ini menjadi telefon pintar ketiga yang dilancarkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835.

Xiaomi Mi 6 ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.15-inci dengan resolusi masih dikekalkan pada kadar 1080p dan pemproses Snapdragon 835 ini ditemani oleh 6GB RAM dan 64/128GB ROM.

mi 6 blue

Bercakap mengenai chasis yang dimiliki oleh Mi 6 ini, ianya hadir dengan panel berasaskan gelas hadapan dan belakang selain satu panel aluminium ditengah yang mana ianya hadir dengan proses pengilapan yang mengambil masa 12 hari dan 40 proses.

Syarikat yang selalu mendapat gelaran Apple China ini juga telah mengikut jejak langkah Apple Amerika apabila telah menyingkrikan penawaran slot audio 3.5mm dan telah menyertakan pembesar suara stereo.

mi 6 -1

Bercakap mengenai kamera Mi 6 ini, ianya adalah kamera 12MP yang mana satu unit adalah kamera biasa manakala satu unit lagi adalah kamera telefoto yang sama seperti pada iPhone 7 Plus. selain itu terdapat juga teknologi pengstabilan imej 4-paksi.

Selain itu Xiaomi Mi 6 ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,350mAh, sensor capjari pada butang home dan kalis percikan air.

seramik mi 6

Selain versi biasa, Mi 6 ini turut dilancarkan didalam versi seramik dengan gelung emas 18K yang menghiasi kamera

Xiaomi Mi 6 akan mula ditawarkan pada 28 April dengan harga penjualan bermula dari CNY 2,499 (RM 1,596 )bagi versi 64GB manakala versi 128GB pula akan ditawarkan pada harga CNY 2,899 (RM 1,852 ). Versi seramik pula akan ditawarkan pada harga CNY 2,999 (RM 1,915).

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
housing emergency loan program | loan mart payday loans | christian loans bad credit
housing emergency loan program | loan mart payday loans | christian loans bad credit housing emergency loan program | loan mart payday loans | christian loans bad credit