Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi 5 & Mi 5 Plus mungkin dilancarkan November ini

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

xioami-mi-5-plus-malaysia-price-harga-1

Maklumat mengenai Xiaomi Mi 5 yang akan dilancarkan tahun dilihat sudah mula tersebar luas dan telefon pintar ini dijangka akan dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.

Sebab utama Xiaomi memilih untuk menggunakan pemproses Snapdragon 820 adalah kerana cip pemproses ini menyokong teknologi Sense ID yang merupakan teknologi pengesan capjari yang dilengkapi dengan sensor ultrasound dan bukanya sensor optik. Sensor ultrasound ini dilihat tahan lasak dan mampu mengesan capjari walaupun terdapat habuk dan air pada jari.

Selain itu, turut akan disertakan dengan pemproses ini adalah 4GB RAM manakala kapasiti memori simpanan dalaman dijangka 16GB atau 64GB dan hampir pasti tidak memiliki slot kad microSD.

Selain itu, skrin paparan Xiaomi Mi 5 dijangka akan ditingkatkan kepada 5.5-inci dengan resolusi QHD dikatakan bakal hadir selepas Xiaomi Mi Note Pro menjadi telefon pintar pertama dengan skrin paparan QHD. Walaupun hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, Xiaomi Mi 5 dijangka akan mempunyai reka bentuk yang nipis dan diperbuat daripada aluminium.

Sponsored

Xiaomi juga dikatakan akan menyertakan kamera 16MP dengan OIS sebagai kamera utama manakala kamera selfie dikatakan 8MP.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan Xiaomi melancarkan satu lagi versi Xiaomi Mi 5 Plus yang dilengkapi dengan skrin paparan 6.0-inci mengikut jejak langkah banyak syarikat yang mula memperkenalkan model ‘Plus’ selepas Apple pertama kali memperkenalkan model iPhone 6 Plus.

Xiaomi Mi 5 dijangka akan dilancarkan pada bulan November tahun ini dan harapan kami adalah, model ini akan ditawarkan ke pasaran utama dunia termasuk Malaysia iaitu sama seperti Xiaomi Mi 4i yang akan mula dijual di Malaysia hari ini.

UMobile menandatangani perjanjian dengan TM untuk servis 4G LTE

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
loans at home | http://www.mobile88.com/news/international/video-lg-drops-optimus-name-for-upcoming-g2-u-s-launch/ | loan refinancing vehicle | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-brokers | military car loan program
loans at home | http://www.mobile88.com/news/international/video-lg-drops-optimus-name-for-upcoming-g2-u-s-launch/ | loan refinancing vehicle | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-brokers | military car loan program loans at home | http://www.mobile88.com/news/international/video-lg-drops-optimus-name-for-upcoming-g2-u-s-launch/ | loan refinancing vehicle | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-brokers | military car loan program