Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
No.1 Site in Malaysia

Spesifikasi Galaxy Note III Tersebar, Skrin 5.7-Inci Disahkan

galaxy note 3 harga malaysia

Berita mengenai generasi terbaru ‘phablet’ daripada Samsung telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kini, spesifikasi Galaxy Note III telah disahkan oleh satu sumber yang bekerja di Samsung melalui akhbar Business Daily.

Samsung Galaxy Note 3 disahkan akan mempunyai skrin paparan 5.7-inci, 3GB RAM dan Android 4.3 Jelly Bean. Selain itu, satu senarai spesifikasi Galaxy Note III mendedahkan bahawa peranti ini akan diperkuasai oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dengan menyokong komunikasi 4G-LTE-A dan Samsung juga dikatakan sedang menguji versi alternatif Galaxy Note III yang menggunakan pemproses Exynos Octa 5 yang baru dilancarkan oleh syarikat Korea ini.

specs galaxy note 3 malaysia

spesifikasi Galaxy Note 3 yang disahkan

Samsung Galaxy Note III telah disahkan akan dilancarkan pada 4hb September ini di IFA yang akan diadakan diBerlin.
Dalam pada itu, laman web logistik India, Zaumba, melaporkan bahawa Samsung telah memulakan ujian terhadap Galaxy Note III menggunakan 3 saiz yang berbeza.

Jika laporan ini benar, Samsung masih belum membuat keputusan kukuh samada mahu menggunakan skrin paparan bersaiz 5.5”, 5.7” atau 6” walaupun laporan awal menggatakan Samsung telah mengesahkan Galaxy Note 3 akan mempunyai skrin paparan 5.7-inci.
Selain itu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa bahagian R&D Samsung sedang dalam proses menguji skrin paparan fleksible menggunakan teknologi OLED.

Apa pun, semua persoalan mengenai Galaxy Note 3 akan terjawab apabila Samsung melancarkan peranti ‘phablet’ terbaru ini di IFA September ini.

Apakah Skrin paparan yang sesuai bagi Galaxy Note 3?, berikan pandangan anda dibawah.

0 comments
calculator loan repayment | payday loans free | loans for 5000 with bad credit calculator loan repayment | payday loans free | loans for 5000 with bad credit