Sponsored Advertisement

Sony Melancarkan Xperia Z3, Z3 Compact & E3

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

xperia-z3-siries

Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama Xperia Z3 yang merupakan telefon pintar utama kedua bagi tahun ini selain Xperia Z3 Compact dan Xperia E3.

xperia-z3-dan-xperia-z3-compact

Sony Xperia Z3

Sony Xperia Z3 adalah versi Xperia Z2 yang telah ditambah baik. Ianya hadir dengan skrin paparan yang sama iaitu 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM dan Xperia Z3 adalah lebih ringan dan nipis berbanding Xperia Z2.

Sedikit mendukacitakan adalah, Sony masih belum bercadang untuk melakukan loncatan kepada skrin paparan QHD. Seperti Samsung yang melancarkan Galaxy Note 4 dan Galaxy Edge.

Xperia Z3 hadir didalam beberapa warna baru yang menarik iaitu hijau putih, tembaga selain putih dan hitam.

Xperia Z3 Compact

Xperia Z3 Compact adalah pengganti kepada Xperia Z1 Compact dan ini adalah versi mini bagi Xperia Z3 yang hadir dengan pemproses dan kad grafik yang sama.

Satu-satunya perbezaan ketara pada Xperia Z3 Compact adalah, ianya mempunyai skrin paparan 720p berukuran 4.6-inci, 2GB RAM dan bateri berkapasiti 2,600mAh. Persamaan model ini dengan model Xperia Z3 adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz dan Adreno 330.

Reka bentuk ‘dual-glass’ Z3 juga disertakan pada model Z3 Compact dan ini memberikan penampilan yang lebih premium dan unik. Xperia Z3 Compact lebih memfokuskan kepada golongan remaja dan hadir didalam warna putih, hitam , oren dan hijau.

xperia-e3-malaysia

Xperia E3

Telefon pintar ini dijangka akan menjadi peranti LTE Sony yang paling murah dan ianya hadir dengan skrin paparan 4.5-inci (480 x 854), pemprose quad-core berkelajuan 1.2GHz, kamera belakang 5MP, kamera hadapan 1.3MP, 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,330 mAh.

Ketiga-tiga telefon pintar ini akan mula dijual mulai bulan ini dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan.

Samsung melancarkan Galaxy Edge dan Gear VR

Samsung Galaxy Note 4 dilancarkan secara rasmi – skrin QHD

5 telefon pintar yang akan dilancarkan di IFA 2014

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
need a car loan for bad credit | no hassle payday loan | http://www.mobile88.com/news/local/u-mobile-opens-first-outlets-in-sabah-sarawak/
need a car loan for bad credit | no hassle payday loan | http://www.mobile88.com/news/local/u-mobile-opens-first-outlets-in-sabah-sarawak/ need a car loan for bad credit | no hassle payday loan | http://www.mobile88.com/news/local/u-mobile-opens-first-outlets-in-sabah-sarawak/