Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Senarai telefon pintar 2018 dengan pemproses Snapdragon 845 dikeluarkan

Snapdragon-845

Adalah sesuatu yang muktamad bahawa kesemua telefon pintar kelas “flagship” Android bagi tahun 2018 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845.

Satu sumber dari China telah mendedahkan senarai telefon pintar Android yang akan menggunakan pemproses Snapdragon 845 pada tahun 2018 bersama-sama jangka masa pelancaran.

.Pada bulan Februari 2018, Samsung akan memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang akan hadir dengan pemproses Snapdragon 845 dan juga pemproses Exynos.

LG juga akan turut melancarkan G7 pada bulan yang sama manakala pada bulan April Xiaomi Mi 7 akan dikeluarkan sebelum HTC U12 memasuki pasaran pada bulan Mei.

Pada bulan Jun 2018, tiga telefon pintar dengan pemproses kelas atasan ini akan hadir dengan OnePlus 6, ZTE Nubia Z18 dan Sony Xperia XZ Pro-A sebelum pelancaran Samsung Galaxy Note9, Xiaomi Mi Mix 3 dan LG V40 pada bulan September 2018.

Pada bulan Oktober, telefon pintar Google iaitu Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan diperkenalkan selain Nubia Z18S, Sony Xperia XZ2 dan HTC U12+

November akan menyaksikan pelancaran Moto Z 2019 dengan pemproses Snapdragon 845 manakala pada bulan Disember, OnePlus 6T dan Samsung W2019 akan dilancarkan.

Walaupun senarai telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 adalah apa yang dijangka, sudah pastinya akan ada penambahan baru didalam senarai ini.

http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-j-malaysia-harga-specs/ | best bank loan | loans for companies | how to loan money | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-j-malaysia-harga-specs/ | best bank loan | loans for companies | how to loan money | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-j-malaysia-harga-specs/ | best bank loan | loans for companies | how to loan money | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/