Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan memiliki kamera 1000fps

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

samsung new camera modul

Sony adalah syarikat pertama untuk menawarkan kamera telefon pintar dengan cip memori melalui kamera teknologi Motion Eye yang digunakan pada Xperia XZs Premium, Xperia XZs dan Xperia XZ1.

Walaubagaimanapun, Samsung dilaporkan akan membangunkan teknologi kamera yang sama pada bulan November melalui anak syarikat Samsung iaitu Samsung Semiconductors  dengan sasaran untuk digunakan pada Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh teknologi kamera dengan cip memori adalah ianya mampu menyimpan lebih banyak frame ‘ bingkai’ dengan kebolehan mengambil sehingga 1,000 fps khusunya untuk video gerak perlahan.

Walaubagaimanapun, menghantar video ini ke RAM mengambil masa yang sangat lama dan untuk mengatasi ini Sony telah membina satu cip tiga lapis yang mengandungi cip piksel, kawalan logik dan memori.

Cip kamera Samsung yang baru ini dilaporkan akan mempunyai reka bentuk yang sedikit berlainan kerana tidak mahu melanggar hak cipta yang dimiliki oleh Sony.

Walaupun tidak menggunakan teknologi yang sama seperti kamera Motion Eye Sony, Samsung masih mempunyai kelebihan kerana kedua-dua sensor imej dan memori akan dibangunkan sendiri oleh Samsung berbanding Sony yang menggunakan cip memori kamera 1GB yang dibekalkan oleh Micro.

Jika laporan ini betul, Samsung Galaxy S9 dan S9+ dijangka akan hadir dengan kamera ini yang sudah pastinya meletakkan Samsung sebagai antara penyedia telefon pintar dengan kamera terbaik di pasaran.

sumber

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
personal loan legal forms | do you need a loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-plans-android-5-0-upgrade-for-five-devices/
personal loan legal forms | do you need a loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-plans-android-5-0-upgrade-for-five-devices/ personal loan legal forms | do you need a loan | http://www.mobile88.com/news/international/samsung-plans-android-5-0-upgrade-for-five-devices/