Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S6 Edge edisi ‘Iron Man’ dilancarkan – RM 3937

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

samsung-galaxy-s6-edge-avengers-iron-man-edition-malaysia-price-harga-1

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama premium mereka iaitu Samsung Galaxy S6 Edge didalam edisi Iron Man yang akan mula dijual hari ini di pasaran Korea Selatan sebelum ke China dan Hong Kong pada bulan Jun. dari segi dalaman, Samsung Galaxy S6 Edge edisi Iron Man ini adalah sama seperti Galaxy S6 Edge yang biasa namun ini adalah versi yang mempunyai 64GB memori simpanan dalaman.

Namun dari segi luaran, S6 Edge ini hadir dengan panel sisi berwarna emas manakala panel hadapan dan belakang didalam warna merah. Selain itu, UI telefon pintar ini juga bertemakan Iron Man pada selain papan kekunci panggilan dan aplikasi permesejan.

samsung-galaxy-s6-edge-avengers-iron-man-edition-malaysia-price-harga-2

Dengan pembelian S6 Edge ini, pengguna juga akan menerima S6 Edge ini didalam kotak yang sangat premium dan didalam kotak ini terdapat telefon pintar, pad pengecasan tanpa wayar Iron Man yang sangat unik selain satu panel perkakas gelas untuk memberikan perlindungan tambahan dan aksesori biasa.

Hasil tinjauan kami dilaman sesawang Samsung Korea, harga penjualan model ini adalah ₩ 1,199,000 iaitu sekitar RM 3,937 dan harga ini dilihat tidak begitu tinggi memandangkan harga penjualan S6 Edge 64GB adalah RM 3599 manakala pad pengecasan tanpa wayar dijual pada harga RM 232 ( RM 3831). telefon pintar ini adalah edisi terhad dan mempunyai nombor siri dari 1 hingga 1000.

samsung-galaxy-s6-edge-malaysia-avengers-age-of-ultron-harga-2

jika edisi Iron Man ini mendapat sambutan yang menggalakan, kami percaya Samsung akan melancarkan lebih banyak telefon pintar dibawah siri Avengers ini.

selain negara yang disebut di atas, masih tiada sebarang berita akan bila telefon pintar ini akan memasuki pasaran utama dunia termasuk Malaysia.

Tontoni video promosi S6 Edge Iron Man dibawah

Galaxy S6 & S6 Edge edisi Avengers bakal dilancarkan tidak lama lagi

iPhone 6s & 6s Plus mungkin mempunyai kamera Sony 12MP RGWB

Xiaomi Malaysia meraikan ulang tahun pertama dengan Mi 4i – RM 759

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/nokia-world-2013-lumia-1520-1320-malaysia/ | poor credit tenant loans | http://www.mobile88.com/news/local/umobile-to-offer-the-samsung-galaxy-s4-starting-from-rm-899/ | small business loan advice | cash out refinance loans
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/nokia-world-2013-lumia-1520-1320-malaysia/ | poor credit tenant loans | http://www.mobile88.com/news/local/umobile-to-offer-the-samsung-galaxy-s4-starting-from-rm-899/ | small business loan advice | cash out refinance loans http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/nokia-world-2013-lumia-1520-1320-malaysia/ | poor credit tenant loans | http://www.mobile88.com/news/local/umobile-to-offer-the-samsung-galaxy-s4-starting-from-rm-899/ | small business loan advice | cash out refinance loans