Sponsored Advertisement

Nokia 8 dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 3,018

nokia 8 official launch
HMD Global secara rasminya telah melancarkan Nokia 8 yang merupakan telefon pintar utama syarikat ikonik ini.
Nokia 8 hadir dengan reka bentuk berasaskan besi ( siri 6000) dengan ketebalan 7.9mm dan mempunyai kekalisan air dan habuk IP54.

Nokia 8 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.3-inci yang dilapisi gelas keselamatan 2.5D dengan Gorilla Glass 5 dan Snapdragon 835.

nokia 8 malaysia-1
Nokia 8 juga hadir dengan kamera daripada Zeiss yang mana ianya adalah dwi-kamera 13MP dengan lensa warna dan monokrom (1.12µm piksel dan aperture f/2.0 ). Lensa kamera berwarna juga dilengkapi dengan optik pengstabilan imej, pemfokusan auto laser dan flash LED.

nokia 8 malaysia
Kamera selfie Nokia 8 juga adalah 13MP yang sama seperti pada bahagian belakang dan telefon pintar ini juga hadir dengan teknologi rakaman secara langsung menggunakan kamera belakang dan hadapan secara serentak pada aplikasi YouTube dan Facebook.

OZO yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab membangunkan kamera Nokia juga telah berkerjasama membangunkan rakaman audio 360° bersama-sama video 4K.

Nokia 8 ini juga memiliki bateri berkapasiti 3090mAh, 4GB RAM, Android 7.1 Nougat dan 64GB memori simpanan dalaman.

Nokia 8 akan mula ditawarkan di pasaran pada bulan September 2017 dengan harga penjualan €600 iaitu sekitar RM 3,018.

http://www.mobile88.com/news/international/have-we-gotten-our-first-glimpse-of-the-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-leak/ | veteran loans com | poor credit small loans
http://www.mobile88.com/news/international/have-we-gotten-our-first-glimpse-of-the-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-leak/ | veteran loans com | poor credit small loans http://www.mobile88.com/news/international/have-we-gotten-our-first-glimpse-of-the-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-leak/ | veteran loans com | poor credit small loans