Sponsored Advertisement

Nokia 7 telah diumumkan secara rasmi oleh HMD Global

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

nokia_7-the_design
HMD secara rasminya telah mengumumkan satu lagi model telefon pintar mereka tahun ini dan ianya merupakan telefon pintar pertama Nokia untuk hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas sepenuhnya.

Nokia 7 merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 430, 4GB RAM/6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

nokia_7-lifestyle_design

Selain itu, Nokia 7 juga memiliki teknologi kamera yang dibekalkan oleh Zeiss dan pada bahagian belakang terdapat kamera 16MP dengan aperture f/1.8 dan lampu dwi-tona manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 5MP.

Kamera utama Nokia 7 ini juga menyokong mod pengambilan video atau gambar menggunakan dua kamera secara serentak yang dikenali sebagai Bothie. Nokia 7 juga mempunyai sokongan audio OZO yang menawarkan kualiti audio yang lebih menyeluruh.

Nokia 7 juga memiliki Bluetooth 5.0, USB-C, sokongan pengecasan pantas 18W, Android 7.1.1 Oreo dan akan hadir didalam dua warna iaitu hitam kilat dan putih malap.

harga penjualan Nokia 7 di China adalah CNY 2,499 bagi versi 4GB RAM/64GB ROM manakala versi 6GB RAM/64GB ROM ditawarkan pada harga CNY 2,699.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
loan mart payday loans | http://www.mobile88.com/news/title-loans-interest-rates | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | bad credit for student loans
loan mart payday loans | http://www.mobile88.com/news/title-loans-interest-rates | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | bad credit for student loans loan mart payday loans | http://www.mobile88.com/news/title-loans-interest-rates | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | bad credit for student loans