Nokia Lumia 625 Dilancarkan Secara Rasmi – LTE dan Skrin 4.7-inci

Nokia Lumia 625 harga priceNokia Lumia 625

Teaser daripada Nokia kelmarin menjanjikan sesuatu yang besar dan semalam Nokia telah mengotakan janjinya apabila telah melancarkan Nokia Lumia 625 iaitu model Windows Phone 8  ‘entry-level’ namun dengan skrin yang lebih besar daripada model lain pada tahap harga yang sama.

Lumia 625 Colorswarna yang ditawarkan pada Lumia 625

Walaupun ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana HTC Titan yang diperkuasakan dengan Windows Phone 7 mempunyai skrin paparan 4.7-inci. Secara am nya, Nokia Lumia 625 ialah versi Lumia 620 dengan beberapa penambahan ciri-ciri khusus.

Nokia Lumia 625 mempunyai skrin paparan IPS LCD 4.7-inci dengan resolusi WVGA (480 x 800, 201ppi) berserta Gorilla Glass 2. Selain itu, skrin Lumia 625 juga mempunyai fungsi ‘super sensitive touch’ yang bermaksud anda boleh berinteraksi pada skrin walaupun menggunakan sarung tangan dan juga kuku.

Lumia 625 Specs

Telefon pintar terbaru Nokia ini berukuran 133.3 x 72.3 x 9.3mm dan seberat 159g. ukuran model ini sama seperti HTC One namun 29g lebih berat.

Nokia Lumia 625 meneruskan tradisi WP yang membekalkan model yang mempunyai spesifikasi yang baik namun dengan harga yang berpatutan, berbanding Android. Lumia 625 ini mempunyai pemproses 1.2GHz Krait dual-core, RAM 512MB dan memori simpanan dalaman 16GB dan memori boleh ditambah menggunakan slot microSD serta menyokong 4G LTE.

Lumia 625 juga dilengkapi kamera 5MP berserta flash LED yang mampu merakam video 1080p manakala kamera hadapan ialah VGA. Selain itu, model ini juga mempunyai perisisan Smart Camera dan Radio FM, ini bermaksud bahawa Lumia 625 didatangkan dengan Windows 8 dengan kemasikini Amber yang terbaru.

Nokia Lumia 625 akan dijual diChina, Eropah, Asia Pasifik, India, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin menjelang suku ketiga didalam beberapa warna menarik iaitu oren, kuning, hijau, putih dan hitam. Nokia masih belum membuat sebarang pengumumkan mengenai harga model ini.

Sumber : GSM ARENA

1 comments
home equity loan calculators | http://www.mobile88.com/news/international/huawei-to-release-vanilla-android-ascend-p6/ | take out a loan home equity loan calculators | http://www.mobile88.com/news/international/huawei-to-release-vanilla-android-ascend-p6/ | take out a loan